hukumlah aku dengan seberat dosa dosa yang ku lakukan.
Kerana aku sedar, aku seorang pendosa besar,
tapi ku sering tidak ingin sedar dan terus melakukan dosa
tanpa menyimpan rasa malu terhadapMU.
Begitulah hina aku selaku hamba yang tercipta dari
air mani yang hina, tetapi terus menerus lalai dalam
tanggungjawabku.
Apa aku fikirkan? Bagiku, cukuplah dengan ibadah
yang ada ini. Allah itu Maha Adil, Dia lebih tahu tiap salah
silap baik hambanNYA. Astaghfirullah! Gilakah aku
berkata begini? Waraskah aku? Benar! Allah itu Maha
Adil! Tetapi, kenapa boleh aku cuma terfikir dengan
sedikit ibadah itu mampu membantuku di akhirat sana
kelak. Astaghfirullahalazim. Maafkanlah hambamu ini
Ya Allah. Sesungguhnya, aku melakukan khilaf yang besar
terhadapMu, terhadap AgamaKu, apalah guna aku dinamakan
Islam jika, tidak ku mengamalkan tiap ajaranMu, segala
Sunnah dari Rasulullah s.a.w. Khilafnya aku Ya Allah!
Aku tidak layak digelar hambaMu Ya Allah, selagi mana
ku tergolong dalam dosa dosa besar. Aku tidak sama sekali
layak Ya Allah. Jika, suatu hari nanti ku tinggalkan Dunia ini,
moga ku dapat duduk bersama mereka golongan Rasulullah s.a.w,
bersama golongan wanita wanita sufi, di kalangan golongan para
sahabat Rasulullah, di kalangan mereka yang beriman. Ya Allah, besarnya
impianku Ya Allah tetapi, dosa besarku tidak terhapus lagi Ya Allah.
Jauhkan jauhkan jauhkan aku dari azab Neraka yang tidak terkata panas
azabnya Ya Allah. Aku tidak menjanjikan apa apa, tapi aku boleh berpegang
kepada 1 kata, bahawa aku, kami ini milikmu Ya Allah.
Engkau yang menghidupkan aku dalam keadaan baik, maka akan ku
kembalikan jasadku juga dalam keadaan baik. Lindungi aku Ya Allah, lindungi
ahli keluaragku Ya Allah, lindungi mereka yang mendidik aku dari aku bangku sekolah
tadika sehinggalah kini ku menetap di IPT, lindungi mereka sahabat-sahabat ku Ya Allah,
& kami semua sekalian makhluk mu Ya Allah. Jauhkanlah kami dari perkara
yang melalaikan kami, jauhkanlah kami dari godaan syaitan, jadikanlah kami
hambamu yang mendekati ajaranMu Ya Allah, dekatkanlah
kami kepadaMu yang 1, Ya Allah. Sesungguhnya, kau lagi Maha Kuasa, Maha Besar,
Ya Allahuakbar! Astaghfirullahazim. Berdosanya aku. :( :( :(




No comments:
Post a Comment